Assalamualaikum Dalam artikel ini, saya terpanggil untuk kongsikan satu kisah rakan baik saya, yang mana beliau juga dulu adalah antara bekas student yang pernah hadir ke seminar yang saya anjurkan sekitar tahun 2012. Dan sehingga hari ini, walaupun jarang bertemu kami selalu berhubung melalui Facebook & whatsapp. Saling bertanya khabar dan perkembangan bisnes masing-masing. Baru-baru ini beliau ada kongsikan bagaimana beliau berjaya bayar hutang kad kredit lebih RM10,000 dalam tempoh 3 minggu dengan hanya bisnes di internet. Kisah ini mungkin boleh jadi iktibar dan memberikan motivasi dan jalan keluar pada orang lain. Namun begitu, artikel kali ini agak panjang sikit, kerana saya ambil direct daripada beliau. Jadi, saya harap anda boleh baca hingga habis ya. Penat kawan saya tu tulis panjang-panjang. Haha! Ceritanya macam ni…. Tahun lepas 2016 adalah tahun yang penuh suka duka dan ujian. Selepas saya berkahwin pada tahun 2015, saya berpindah men...